Pereksa Doktor
Hari ini terbangun kerja lewat..sedar sedar sahaja hari sudah cerah..subuh Gajah..badan pula terasa sakit sakit.. '' mesti banyak makan lemang ''..
Terus ke pejabat meski pun sudah terlewat sedikit..sedikit saja lewat..
Selepas turun semula dari pejabat..terus pula menghala kesebuah Klinik..unjuk kad panel..
'' Mau jumpa Doktor ke encik? ''..kata gadis penjaga kaunter
''..ye ..pak cik nak pereksa Doktor ''..kata kawan..
'' Haa..apa nak pereksa Doktor ''..kata gadis itu semacam sedikit terkejut..
'' ya lah..nak pereksa Doktor ''..jawab kawan lagi..
Setelah menunggu hampir 15 minit..kawan pun masuk lah..
'' Apa khabar encik Syed..sakit apa ? '' tanya Doktor..
'' Saya nak pereksa doktor sahaja ''..tanya kawan..
'' Ohh..betul betul..dalam kad rekod ni pun pekerja saya ada tulis..encik Syed nak pereksa saya..'' jawab Doktor..
*** Kawan rasa pelik juga dengan apa yang kawan cakap.. ' nak pereksa Doktor '..macam betul dan macam ada yang tak kena..tapi takkan lah pesakit nak pereksa Doktor.. pereksa Doktor bermaksud adalah ''..hendak membuat pemeriksaan kesihatan keatas badan kita ''..ada juga yang kata '' hendak Check Doktor ''..
