GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 20 Februari 2011

Lelaki mabuk untuk ujian memandu


BUCHAREST: Seorang pemandu yang disenarai hitam terlepas peluang untuk mendapatkan lesennya semula apabila muncul untuk menduduki semula ujian teori memandu dalam keadaan terlalu mabuk.

Lelaki itu, Florin I, dari kawasan Adjud di daerah Vrancea, Romania, hilang hak untuk memandu apabila ditahan memandu dalam keadaan mabuk, dua tahun lalu.

Dia datang untuk menduduki ujian itu sekali lagi, namun berkata terlalu gementar dan memerlukan ‘sesuatu untuk menambah keyakinannya.’
Cristina Tanasa, seorang jurucakap polis tempatan berkata: “Calon itu diuji dengan alat pernafasan dan keputusannya dia mencatat 1.11 miligram alkohol.

“Pemeriksa menyedari calon berjalan terhuyung hayang dan membuat keputusan melakukan ujian alkohol. Dia disuruh pulang.”

Lelaki 42 tahun itu diberitahu dia dibenarkan menduduki ujian sekali lagi jika berkeadaan waras. – Agensi

* Sumber berita harian online

*** Hebat..orang ini test lesen dalam keadaan mabuk..



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP