PRK N28 Kerdau : Mimpi tentang bulan

Bagi yang meminati politik pastikan mengambil tahu tentang situasi sekarang.. ada dua pilihanraya kecil akan berlangsung serentak berikutan permergian ADUN iaitu di Kerdau Pahang dan Merlimau Melaka..
Begitu juga dengan encik Topik yang mengikuti perkembangan ini..cuma Rosli Ghani sahaja bersikap sedang cuba mengambil tahu..
Pertemuan mereka di Gerai belakang pejabat Pos sewaktu sedang minum minum petang..
'' Pilihanraya kecil ini pastinya sungguh meriah Li ..ingat petang esok kita jalan jalan kat pekan Kerdau nak? ''.. kata encik Topik..
Jarak daerah mereka dengan pekan Kerdau cukup dekat..kira kira 30 minit perjalanan..
'' Koi ndak juga ngikut aok tu ..tapi petang esok koi cenderung kearah memikat burung lagi ''..kata Rosli Ghani..
'' Lorr..aok rasa parti mana menang ''..tanya encik Topik..
'' Koi rasa bulan..sebab akhir akhir ni koi kerap sangat mimpi tentang bulan..bulan sangat penting dalam kehidupan yang selalu melingkari hidup kita ''..jawab encik Topik..
'' Sampai terbawak ke dalam mimpi ye Li?..apa yang penting sangat tentang bulan ni Li "..tanya encik Topik..
'' Lorr...tak kan aok tak tau.. pentingnya bulan dalam hidup kita 1. kita tunggu gaji hujung bulan 2. Nak bayar hutang dan segala bil kena tunggu cukup bulan 3. perjalanan kehidupan kita dan segala macam ketetapan bergantung pada haribulan..pendek kata pentingnya bulan..dan yang ke 4. salah satu pentingnya kesihatan wanita adalah '' datang bulan ''... kata Rosli Ghani..
Tu yang encik Topik sering berfikir tentang Rosli Ghani ini..nampak macam orang selenge' ( sengal ) tapi sesekali mengeluarkan pendapat penuh dengan kiasan..
