GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 7 Mac 2011

PRK N28 DUN KERDAU ( Janji akan ditunai )

TEMERLOH 7 Mac - Setelah Barisan Nasional (BN) mencipta kejayaan memberangsangkan dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau, semalam, calon BN hari ini sekali lagi menemui pengundi untuk menegaskan bahawa janji-janji yang dibuat semasa kempen pilhan raya kecil berkenaan akan ditunaikan.

Syed Ibrahim Syed Ahmad menemui penduduk di Kampung Rumpun Makmur.

Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan kepada BN.

"Insya-Allah segala janji-janji yang dibuat antaranya seperti pembinaan Sekolah Kebangsaan di Rumpun Makmur, meningkatkan taraf hidup dan melaksanakan projek pertanian berskala kecil dan besar akan dilaksanakan kelak,” katanya kepada pemberita.

Syed Ibrahim yang juga Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau berkata, beliau akan berbincang dengan agensi berkaitan bagi memastikan segala perancangan pembangunan yang dijanjikan dapat dilaksanakan.

"Namun janji tidak mungkin dapat dilaksanakankan dalam tempoh tiga atau lima bulan ini, tetapi mungkin mengambil masa sedikit kerana ia membabitkan peruntukan yang banyak.

"Saya akan menggalas tanggungjawab dan akan bersama rakyat untuk membela nasib mereka,” katanya.

Beliau menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. - Bernama

* Sumber terkini Utusan Online

Dan semalam kome sempat lagi melalui Jambatan Kuala Krau untuk makan angin ke kg Rumpun Makmur.. di kiri kanan jalan ada banyak trak FRU..ini untuk mengawal keadaan masa kempen dan juga hari mengundi...



* Deretan trak trak FRU di tepi jalan naik ke Jambatan Kuala Krau..



* Ini le agaknya lori yang boleh memancutkan air laju tu.. ada orang cakap jika kena sembur terpelanting..



* Rasa lain macam bila melalui kawasan ini..macam nak berlaku keadaan huru hara saja..tapi semua sudah selamat semalam..sudah tau sapa menang dan kalah..

*** Jadi yang menang sila lah bekerja keras untuk rakyat yang memilih...



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP