GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 7 Mei 2011

Balak Bernilai RM500 Ribu Lesap


* Gambar sumber Google


Habis lagi Balak di Pahang lesap


RM500 Ribu ..Itu anggaran nilai lebih 120 batang balak seberat 300 tan yang lesap dari Hutan Simpan Lakum, Lanchang, Pahang.

Dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu, kegiatan mencuri balak itu dikesan dalam satu operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM dan Jabatan Perhutanan Negeri semalam.

Kegiatan ini disyaki dilakukan kontraktor pembalakan bagi lesen kerja hutan dan pengeluaran balak milik Amanah Saham Pahang.

Kesalahan yang dilakukan melanggar syarat operasi dengan menebang pokok balak dalam kawasan 20 meter di kiri dan kanan jalan masuk ke kawasan pembalakan sejauh 18 kilometer.

Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tunggul pokok balak yang sudah ditebang ditimbus dengan tanah dan ditutupi daun.

Berikutan kesalahan itu operasi syarikat terbabit dihentikan serta-merta untuk siasatan lanjut menerusi notis memberhentikan kerja hutan dan pengeluaran balak dikeluarkan Jabatan Perhutanan Pahang.

Operasi penguatkuasaan khas ini hasil penubuhan jawatankuasa bersama mencegah rasuah membabitkan Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Bekalan Air Negeri.

* Sumber tv3

*** Habis lagi sumber asli hasil dari bumi tanah tumpahnya negeri ku.. mereka yang bijak terus mengerjakan mereka yang kurang bijak terus menjadi hamba... suka walau dapat sesen dua..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP