GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 10 Mei 2011

Krisdayanti : Cantik kerana dibedah


* Krisdayanti


JAKARTA: Ditanya mengenai rahsia kecantikan ketika usia mencecah 36 tahun, Krisdayanti tidak menafikan ia disumbangkan oleh kemahiran pakar bedah tertentu. Menurut isteri Raul Lemos itu, setiap wanita memang ingin sentiasa kelihatan cantik.

Justeru, katanya, tidak ada salahnya jika dia membelanjakan sejumlah wang besar bagi mendapatkan rawatan khusus menjaga penampilan dirinya.

“Cuma saya tak mahu mempertaruhkan nasib di tangan doktor murahan,” katanya.

Krisdayanti yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mengaku hamil sebelum nikah berkata, jika perlu mengeluarkan wang yang banyak, ia bukan masalah.

“Asalkan hasilnya maksimum,” katanya. Bekas isteri Anang Hermansyah itu berkata, kecuaian selalu menyebabkan seseorang yang ingin kelihatan cantik berdepan masalah.

Katanya, tanpa pemilihan teliti, mungkin seseorang itu dirawat doktor kurang berpengalaman sehingga ada yang membawa maut.

“Misalnya, implan payu dara pecah,” katanya.

Kata Krisdayanti, dia menjalani pembedahan kecantikan di negara jiran walaupun kos pembiayaannya tinggi.

Namun, katanya, dia berpuas hati kerana kesan pembedahan itu sesuai seperti diinginkan.

Walaupun mahal, katanya, pusat perubatan dan kakitangan yang mengendalikan pembedahan itu boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu tidak diingini.

“Justeru, pembedahan kecantikan bukan sesuatu yang perlu ditakuti asalkan ia dilakukan pakar atau kita mengubah jantina menjadi lelaki,” katanya. - DH

* Sumber


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP