GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 September 2011

Enggan pakai seluar selepas bersunat

* Gambar hiasan

YOGYAKARTA - Pelik tapi benar. Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kejadian yang dialami anak bongsu kepada pasangan suami isteri Puwarji, 40, dan Intarini, 37, yang menetap di Mangkuyudan, Yogyakarta, Jawa Tengah apabila mengetahui anak bongsu mereka telah disunatkan secara misteri.

Lebih menghairankan ibu dan bapa kepada Jayabaya adalah anaknya yang baru berusia empat tahun enggan memakai seluar selepas kejadian pelik itu.

"Saya berasa sangat pelik. Tiba-tiba alat kelamin anak saya yang sebelum ini kelihatan seperti kanak-kanak lain, seperti sudah dikhatankan," katanya.

Purwaji yang dikurniakan empat orang anak, memberitahu kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu, selepas solat Jumaat.Ketika itu, katanya Jayabaya sedang bermain dengan kakaknya di ruang tamu.

"Tiba-tiba anak bongsu saya menjerit kesakitan dan terus membuka seluarnya."Mendengar jeritan tersebut, saya mendekati dan melihat keadaannya.

Saya tengok alat kelamin Jayabaya seperti sudah dikhatan, sekali gus membuatkan saya berasa sangat hairan," jelasnya.

Kemudian, katanya, dia membawa anaknya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.Menurut doktor, Jayabaya berada dalam keadaan sihat dan sudah dikhatankan.

"Doktor juga hairan bagaimana ia boleh berlaku. Beliau kemudian memberi anak saya antibiotik dan ubatan lain," katanya.

Kejadian tersebut kemudiannya tersebar dan menggemparkan penduduk di sekitar kawasan kampung.Kanak-kanak itu dilaporkan sihat dan sudah boleh bermain seperti biasa.

"Sejak kejadian itu, dia tidak mahu memakai seluar. Mungkin dia berasa pedih apabila alat kelaminnya terkena kain seluar," katanya. - AGENSI

* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP