GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 12 Oktober 2012

Budak sambut hari lahir dengan wiski


CARDIFF: Seorang budak ( gambar ) dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah.

Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea. Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari apabila Rees menunjukkan riak wajah serta kelakuan aneh setiap kali menyedut minuman.

Ekoran itu, katanya, ibu Rees, Nina, 34, menghidu serta mencuba minuman berkenaan dan terkejut mendapati ia adalah arak. Rees kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Nina berkata, dia memesan jus limau dan air kosong untuk anaknya. “Rees sempat menyedut kira-kira 10 kali dan saya dapat lihat dia mabuk,” katanya. - TS

* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP