GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 13 Oktober 2012

Lindsay Lohan kesal bertengkar dengan ibu di rumah


LOHAN (kiri) menjadi tumpuan jurugambar pada parti Mr. Pink Ginseng di sebuah hotel di Beverly Hills kelmarin.
BEVERLY HILLS, California - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan membuat kejutan apabila dia mempertahankan ibunya selepas mereka bertengkar pada Rabu lalu, lapor portal berita examiner.comsemalam.
Kejadian itu berlaku di rumah ibu Lohan, Dina di Merrick Utara, Pulau Long, New York sehingga menyebabkan anggota-anggota polis terpaksa dihubungi bagi meredakan pertengkaran itu..
Ketika pertengkaran itu, Lohan menghubungi bapanya, Michael dan mendakwa ibunya menggunakan kokain.
Menurut akhbar New York Daily News, bapa Lohan itu bertindak mendedahkan rakaman perbualan tersebut yang kemudian didedahkan pihak media.
Lohan yang berusia 26 tahun kemudian marah dengan pendedahan itu dan menarik balik kenyataannya tentang ibunya.
Lohan menghubungi portal hiburan TMZ.com dengan menyatakan ibunya tidak mengambil kokain dan mabuk ketika mereka keluar di sebuah bar sehingga pukul 4 pagi sebelum mereka pulang ke rumah tersebut.
"Saya amat kesal tentang pertengkaran dengan ibu saya dan ia sudah didedahkan kepada pengetahuan awam," katanya.
Ekoran pergaduhan itu, Lohan menjadi tumpuan ramai pemberita dan jurugambar semasa dia menghadiri parti minuman Mr. Pink Ginseng di sebuah hotel di sini kelmarin.
Punca pertengkaran dia dengan ibunya itu tidak didedahkan.
Polis turut tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Lohan dan ibunya ekoran pertengkaran tersebut. - Agensi
* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP