GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Oktober 2012

Skyfall filem James Bond terbaik


DANIEL CRAIG memegang watak sebagai James Bond dalam filem Skyfall.
LONDON - Filem terbaharu dalam francais filem perisik terkenal Britain, James Bond disifatkan yang terbaik dalam sejarah 50 tahun pembikinannya.
Rebiu itu hadir selepas tayangan awal filem Skyfall di sini pada Jumaat.
Pengkritik filem, Robbie Collin dari akhbar The Telegraph menyatakan, Skyfall arahan Sam Mendes sama hebatnya dengan francais filem BatmanDark Knight arahan Christopher Nolan.
Ramai penulis akhbar-akhbar di Britain memberikan Skyfall penarafan lima bintang.
Skyfall yang merupakan filem ke-23 dalam francais James Bond akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di United Kingdom pada 26 Oktober ini, sebelum ditayangkan di Amerika Syarikat (AS) pada 9 November depan.
Ini kali pertama Mendes mengarahkan filem James Bond. Pengarah dari Britain itu pernah memenangi anugerah Oscar pada tahun 2000 untuk filem American Beauty.
Sehingga kini, 22 buah filem James Bond telah mengutip jualan tiket mencecah AS$5.1 bilion (RM15.5 bilion), jelas The-Numbers.com yang bertanggungjawab memantau prestasi filem-filem box-office.
Filem sebelum ini, Quantum of Solace yang ditayangkan pada tahun 2008 berjaya mencatatkan kutipan kasar di seluruh dunia sebanyak AS$600 juta (RM1.8 bilion). - Reuters
* Sumber


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP