Lagi kes Rogol berkumpulan dalam Bas di India
Tweet
Serangan terbaru itu dilaporkan berlaku di utara negeri Punjab dan pihak polis sedang giat mencari suspek ketujuh.
Menurut polis, mangsa terbaru melibatkan wanita berusia 29 tahun.
Mangsa dipercayai mahu menaiki bas menuju ke rumahnya malam Jumaat.
Pemandu dan konduktor bas didakwa enggan berhenti di kampung mangsa sebaliknya, membawa mangsa ke lokasi terpencil tidak jauh dari bandar Amritsar.
Kedua-dua lelaki kemudian dipercayai merogol wanita malang itu dan lima yang lain mengambil giliran merogol wanita itu sepanjang malam.
Mangsa kemudian ditinggalkan di satu kawasan berhampiran rumahnya.
Bulan lalu, pelajar perempuan jurusan perubatan berusia 23 tahun mati selepas mengalami kecederaan teruk selepas dirogol di ibu kota Delhi.
Lima suspek lelaki kini sedang menghadapi perbicaraan berhubung kes berkenaan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh menhadapi hukuman mati.
Suspek keenam yang berusia 17 tahun dibicarakan secara berasingan kerana faktor usia.
Serangan itu menyebabkan protes jalanan dan meledakkan rasa marah sehingga mereka mendesak kerajaan mengadakan mahkamah khas bagi mendengar kes rogol dan mempertimbangkan undang-undang baru bagi jenayah seksual.
* Sumber
Read more...
NEW DELHI - Polis India menahan enam lelaki didakwa merogol seorang wanita dalam bas, hanya beberapa minggu selepas kes yang serupa mengejutkan negara itu.