Iklim politik negara mula berubah - Tun
Tweet
* Sumber kosmo! Online
Read more...
DR. MAHATHIR menerima cendera hati berupa bakul berisi produk
makanan kering daripada Abdul Rahman (dua dari kanan) sambil disaksikan Ahmad (dua dari kiri) sempena program Amanat Negarawan Kepada Rakyat
di Marang, Terengganu semalam.
MARANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berpendapat iklim politik di Malaysia sudah jauh berbeza berbanding peristiwa tsunami politik lima tahun lalu.
Tegas beliau, sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri, iklim politik negara bertukar secara beransur-ansur dan memihak semula kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.
"Saya sedar bahawa pada tahun 2008, ramai juga orang UMNO yang mengundi pembangkang kerana kecewa dengan kepimpinan. Bagaimanapun, sekarang tidak ada sebab lagi kenapa mereka mahu kecewa," katanya selepas menghadiri program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini semalam.
Hadir sama, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi penganjur program, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.
Menurut Dr. Mahathir, terdapat banyak usaha yang telah dilakukan oleh Najib untuk memulihkan semula sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.
"Saya yakin keadaan iklim politik sekarang lebih baik berbanding tahun 2008," tambahnya.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir tidak menafikan kemungkinan BN akan merampas semula empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang daripada tangan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti.
"Ini kerana kita mungkin boleh menang atau boleh kalah tetapi yang saya lihat, iklim (politik) sekarang ini jauh berbeza daripada dahulu," katanya.
Read more...

