GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 15 Februari 2010

Majlis Perkahwinan

Semalam 14hb Feb 2010 kawan bersama keluarga telah menghadiri Majlis Perkahwinan anak kawan lama yang sama sama berjuang didalam kerja binaan part time sedikit masa lalu..

kawan dengan muka tak malu telah menambah nasik sampai 2 pinggan kerana masakan yang sedap..kari daging Kerbau/ayam masak merah/dalca/sambal belacan dan ulam celor nangka bubur..Oleh kerana kawan lama kawan ni salah seorang staff awan di kem 7 renjer dan bermenantukan seorang tentera maka banyak lah trak yang datang...dan hadirin dihiburkan juga oleh pancaragam dari kem terbabit..

Macam biasa selepas makan duduk lepak lepak bawah pokok sembang sembang lebih kurang maka kawan sekeluarga pun balik lah selepas bersalam ''kukut ''..tak dapat elak kerana satu sahaja jalan masuk dan disitu juga jalan keluar..


Sempat juga kawan rakam gambar pengantin perempuan sedang memperagakan pakaian Sare diatas pelamin..Pengantin Lelaki belum sampai lagi..
.
*** Salam ''kukut'' bagi sesetengah daerah dalam negeri Pahang membawa maksud salam dihulur bersama RM kepada Tuan Rumah..tak kira lah berapa asal ada RM100 RM50 RM10 RM5 dan hati hati bila RM yang bersampul ( amplot ) berkemungkinan Tuan Rumah akan menerima RM2 sahaja..

28 Merujuk kepada perkara diatas :

Che' Pit ,  15 Februari 2010 pada 8:32 PG  

semalam ke serting, pertunangan anak kepada sepupu CP..

Pastu terus ke kuantan, merisik anak dara org, ngeh ngeh ngeh

Che' Pit ,  15 Februari 2010 pada 8:32 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Relevan ,  15 Februari 2010 pada 8:36 PG  

* Uiks Che Pit..majlis perkahwinan yang kawan hadiri ni pun di Kuantan juga..

Aku Anak Pahang ,  15 Februari 2010 pada 8:39 PG  

Semalam kawan juga byk undangan umah org kawin bersalam kukut juga tak pe amalan mulia...hehehe...jgn bagi sampul kosong sudah..naya tuan umah.

Relevan ,  15 Februari 2010 pada 8:53 PG  

* Hehe en Yassin..ada kes juga dengan sampul kosong ni..masa zaman remaja dulu..dah tu pakai singgah je.. nampak khemah berhenti...tuan rumah haram tak kenal..

Tanpa Nama ,  15 Februari 2010 pada 9:02 PG  

huhuh..

beshnyew...

Hairun Azmi ,  15 Februari 2010 pada 9:41 PG  

Selera sungguh aok yak Relevan...

al-mankaraqi ,  15 Februari 2010 pada 9:59 PG  

ah sudoh............bertamboh balek kilo awok kang bang....ariter lepas rayer bukan main diet.....

al-mankaraqi ,  15 Februari 2010 pada 9:59 PG  

ah sudoh............bertamboh balek kilo awok kang bang....ariter lepas rayer bukan main diet.....

Tanpa Nama ,  15 Februari 2010 pada 10:26 PG  

tambah sampai 2 pinggan..alhamdulillah tuhan masih buka selera makan

al-lavendari ,  15 Februari 2010 pada 11:02 PG  

kurang maka kawan sekeluarga pun balik lah selepas bersalam ''kukut ''..tak dapat elak kerana satu sahaja jalan masuk dan disitu juga jalan keluar..


kalau boleh awak nak elak ke ?

Relevan ,  15 Februari 2010 pada 11:50 PG  

* Besh makan GhostoNe..orang Pahang cakap MELANTOK"..

* Dari jauh kome datang Majlis ni Mie..belasah je sampai 2 pinggan thehehe!

* Alahai Sop..kome dah kurus sangat ni...dok caya tanya en Mazru..haha!

* Alhamdullillah..selagi berselera redNing..tapi kena makan berambi juge.. berambi = berhati hati..

* Tak sampai hati nak mengelak.. tak tergamok kawan abg Hamzah..

senyumm ,  15 Februari 2010 pada 1:22 PTG  

tahanlah rm2...pnh jgk kenduri kt umah dpt tisu jer.hehehe.tp bkn wang ringgit yg diharap,sekadar sudi hadir ke majlis je harapan tuan rumah..betul x

Redz da Tsar ,  15 Februari 2010 pada 1:29 PTG  

Keh dengar salam kaut... Hehe...

Steady jer poket tuan rumah penuh angpau taun baru cina... haha

Relevan ,  15 Februari 2010 pada 4:27 PTG  

* Betulll...senyummmm

* Salam kaut ye juga Redz..penuh kocek Tuan rumah..

Yunus Badawi ,  15 Februari 2010 pada 4:28 PTG  

salam kukut tu tak pakai sampul surat ke?

Di sini kebiasaannya semua salam bagi sampul surat. Duit di letak dlm tu. Tak kiralah berapa. Tapi ada juga yg bagi sampul kosong ngeh3x

hans ,  15 Februari 2010 pada 6:16 PTG  

macam unik plak pakaian dalam pic tu

piewahid ,  15 Februari 2010 pada 8:10 PTG  

lepas cuti tahun baru cina ni, pakat2 mngempiskan perut blake la kita yak

aRien de GreaT ,  15 Februari 2010 pada 8:17 PTG  

uncle tau...ade kawan arien citer..umh diorg ade org letak smpul kosong..belambak lak tu...huhuhuh...

saharul ,  15 Februari 2010 pada 8:35 PTG  

kome kat sini ade 6 buah kenduri serentak....satupun koi tak pegi sebab umah mertua koipun kenduri jugak...cukur jambul aje...

deus X machina ,  15 Februari 2010 pada 9:51 PTG  

apa nak malu2 tambah nasi di kenduri kawen
benda dah free
erk888

zulkbo ,  15 Februari 2010 pada 10:37 PTG  

salam releven...rasanya kalau kenduri jenis makan catering koi segan nak tamboh..tapi kalau betul jenis kampung macam kat Jengka ni..sediri kita masok sendiri makan..siap bungkus bawa balik lagi weh..he he
***nengok gambo tadi koi ingat kenduri kawin anak india mana ..he he

Maiyah ,  15 Februari 2010 pada 11:33 PTG  

mesti meriah tu.. ambooi.. dua tambah skalik yek

Relevan ,  16 Februari 2010 pada 7:32 PG  

* Salam YB..Salam kukut ni siap mengerakkan jari lagi bagi hehe!

* Agaknye pengantin 1 Malaysia tu Hans..

* Guana ye en Pie...kene jogging balik semula nak kempiskan perut..larat ke tak ntoh lah..

* Selalu Tuan rumah akan terkena macam tu aRien oleh mereka yang tau nak makan free sahaja..

* Selamt cukur Jambul cikgu Hj..

* Tarak malu punya deus...pergi satu keluarga bg je dalam RM5 hehe..

* Wslm Zulkbo..lagi power kalu ada kenduri kawin yang masak guna kayu api pokok getah..

* Ye Maiyah..

sonata anak kancil ,  16 Februari 2010 pada 12:50 PTG  

jika rumah pertama pegi - dah tu sedap pulak....hu3x...boleh bertambah2 makan ni...sedap weh...

Relevan ,  16 Februari 2010 pada 3:59 PTG  

* Makan selagi daya cikgu...tapi hati hati juga..orang Pahang kata berambi bila makan..jangan pakai lantak jer..

mr.kordes ,  17 Februari 2010 pada 8:58 PG  

ni yg kome rse nk kawen ni bang!kah kah kah!!!!

Relevan ,  17 Februari 2010 pada 9:52 PG  

* Cepat cepat kahwin Pakcik Kordi..ramai yang sedang menanti kau itu..hehe!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP