Bapa seret anak yang berbogel
Tweet
Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.
Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."
Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.
Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.
Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.
Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.
"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi
* Sumber
HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.
Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."
Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.
Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.
Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.
Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.
"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi
* Sumber
*** Salah satu tindakan dalam menghadapi ketagihan Internet..


8 Merujuk kepada perkara diatas :
brutal sungguh bapak dia
erm.. harap budak tu insaf la lepas ni~
haha tu la nakal sgt, kan dah kena
Sian weh.. habis calor balor punggung kawan tu :(
huhuhu...dah la bapak dia susah2 cari duit. senang2 dia curi lak duit tuh & menipu serta menghabiskan di cafe internet. kan dah dapat......
Saya sokong bapa tersebut...
Burung Walit
selamat hari bapa la pulok
harap anak tu insaf lah..
Catat Ulasan