GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 11 Mei 2011

Gara-gara rambut, pemain bola dibuang padang


MELBOURNE Mei 11 - Gara-gara gaya rambut ala paku yang tajam, seorang pemain bola sepak dibuang padang oleh pengadil semasa perlawanan liga di Melbourne yang berlangsung minggu lalu.

Nathan Van Someren pada mulanya dilayangkan kad kuning ketika pasukannya, Simpson menentang Daerah Otway di Colac.

“Sebelum perlawanan berlangsung pengadil menyatakan saya tidak boleh bermain dengan gaya rambut sebegini kerana ia membahayakan pemain lain,” kata Van Someren.

“Kami semua menyangka ia hanya gurauan, kerana sebelum itu beberapa orang pengadil turut secara berjenaka menegur rambut saya.

“Saya sempat bermain sehingga masuk separuh masa kedua sebelum dibuang padang kerana alasan rambut yang membahayakan,” katanya.

Van Someren, 25, bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk menukar gaya rambutnya kerana pegawai perlawanan kemudiannya memutuskan tindakan pengadil itu adalah salah. - Reuters..

*** Tu dia Van Someren..



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Dekcik 11 Mei 2011 pada 5:00 PTG  

lah yeke..tajam sgt 2..haha..

singgah..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/juvana.html

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP