Pramugari Hong Kong belajar kung fu

HONG KONG: Kru pesawat Hong Kong Airlines mula mempelajari seni bela diri kung fu dalam usaha mereka berdepan dengan pelbagai kerenah penumpang, terutama yang mabuk.
Melalui seni bela diri Wing Chun itu, pramugari diajar kaedah berkesan dan pantas mengalahkan seseorang penumpang agresif dalam tempoh singkat.
Menurut kakitangan Hong Kong Airlines, kru kabin syarikat itu terpaksa berdepan sekurang-kurangnya tiga kes penumpang cuba bertindak liar setiap minggu.
Justeru, katanya, Hong Kong Airlines kini mewajibkan semua kru kabinnya mempelajari seni bela diri itu sebagai persediaan.
Sementara itu, jurulatih Wing Chin, Lu Heng, berkata seni bela diri itu berfaedah kerana ia dapat menjamin keselamatan anak kapal dan penumpang.
“Kaedah ini sangat berkesan ketika berdepan dengan seseorang dalam jarak dekat dan sesuai digunakan di atas pesawat,” katanya.
Sementara itu, pramugari, Lumpy Tang, 22, berkata dia tidak pernah terbayang mempelajari seni bela diri sebahagai sebahagian daripada tuntutan kerjanya.
“Pada peringkat awal kami agak terkejut, tapi kini Wing Chun makin digemari,” katanya. - TS

4 Merujuk kepada perkara diatas :
wah!sure tangkas dan bergaya ni...hehehehe...camno nak berkungfu kalau makai skirt harusss terbeliak bijik mato ni...:D
sebenarnya dia kene belajar Kung Fu Mabuk kerana nak berhadapan dengan penumpang yang mabuk
Kut2 ada penyamun boleh juge dema berkung fu dulu gamaknya :)
kalau dia nak belajar silat terlak 4, boleh la jugak nak jadi instructor...huhuhuuh
Catat Ulasan