GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 Mei 2011

Video : Pelumba terselamat kereta terbakar


* KERETA Holden Commodore yang dipandu Karl Reindler terbakar dalam kemalangan di sebuah litar di Perth, Australia semalam.

PERTH - Pelumba Australia, Karl Reindler terselamat selepas kereta lumba Holden Commodore yang dipandunnya terbakar dalam satu kemalangan di sebuah litar di sini semalam.

Reindler, 26, merangkak keluar dari keretanya yang sedang marak dijilat api selepas ia tiba-tiba mati di tengah litar lalu dirempuh pada kelajuan 150 kilometer sejam oleh sebuah kereta lumba lain dari arah belakang.

Ini menyebabkan kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar.

Kereta dilengkapi enjin konfigurasi V8 dan berharga AS$600,000 (RM1.9 juta) itu rosak teruk, manakala pelumba muda itu cedera ringan di tangan dan muka akibat melecur.

"Badan saya tidak cedera cuma bahagian tangan dan muka. Saya menekan klac dan kereta ini tiba-tiba mati. Tiada apa yang boleh saya lakukan lagi," katanya.

Seorang lagi pemandu, Steve Owen turut terselamat dalam nahas itu. - Agensi

Video :



*** Woo ! ..


2 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP