GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 21 Jun 2011

Budak terperangkap di celah pendingin hawa


* BUDAK lelaki itu ditarik keluar dari celah sebuah alat pendingin hawa oleh seorang lelaki.

BEIJING - Seorang budak lelaki berusia tiga tahun diselamatkan oleh seorang lelaki dengan menarik badannya keluar dari celah sebuah alat pendingin hawa dekat tingkat tujuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku apabila budak tersebut terjatuh dari balkoni apartmennya di tingkat lapan semasa dia tinggal berseorangan kerana ibu bapanya tiada di kediaman tersebut, baru-baru ini.

Jiran-jirannya yang mendengar bunyi jeritan budak tersebut bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Namun, mereka mengambil tindakan sendiri apabila melihat budak tersebut tersangkut di celah alat pendingin hawa dekat tingkat tujuh.

Seorang jirannya berdiri di tepi tingkap dan menarik lengan budak tersebut dari celah alat pendingin hawa itu untuk menyelamatkannya. - Agensi

* Sumber



4 Merujuk kepada perkara diatas :

Zura Tahir 21 Jun 2011 pada 11:17 PG  

ya allah..nasib umur panjang lg..

rafina mimi abdullah 21 Jun 2011 pada 11:42 PG  

macam mana la boleh lekat kat situ??pelik betul la..

Unknown 21 Jun 2011 pada 12:41 PTG  

camneleh leh g pulak celah tu, adehh..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP