GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 Jun 2011

Cara luar biasa bawa kereta baru pulang jauh


* VAN yang digunakan untuk membawa kereta Mazda 626 milik dua lelaki Kazakhstan.

HAMBURG: Dua pemilik kenderaan dari Kazakhstan memiliki cara luar biasa untuk mengangkut kenderaan baru mereka dari Jerman - dengan menyumbatnya ke dalam van bagi menjimatkan kos berbanding mereka menggunakan treler.

Apabila mereka tidak dapat memasukkan kereta Mazda 626 itu ke dalam van dengan cara biasa, mereka membaringkan kereta itu di bahagian sisinya bagi dimuatkan ke dalam van berkenaan. Dua lelaki yang berasal dari negara yang sama dengan penulis karakter komik Borat, Sacha Baron Cohen meletakkan tilam di bawah kereta itu dan diimbangkan dengan kusyen.



* KERETA Mazda 626 yang dibaringkan pada bahagian sisinya dalam van.

Mereka bercadang membawanya pulang kira-kira 3,540 kilometer dari Bargteheide, dekat Hamburg.

Namun, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chmielewski, 28, ditahan polis dalam perjalanan ke Kazakhstan selepas mereka melihat van itu melilau dari kiri ke kanan.

Dua lelaki berkenaan - yang berjaya memasukkan kereta berkenaan dengan bantuan beberapa rakan - turut melindungi muatan dibawa apabila mereka menutup cermin tingkap van terbabit dengan surat khabar.

Jurucakap polis berkata, van dan kereta itu disita dan dua lelaki berkenaan diarahkan supaya mendapatkan pengangkutan yang bersesuaian untuk membawa kereta itu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. - DM

* Sumber





5 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  16 Jun 2011 pada 4:19 PTG  

giler betui deme2 ni

pB 16 Jun 2011 pada 4:42 PTG  

kah kah kah

tak pasal pasal kena tahan polis

Aida Ali 16 Jun 2011 pada 5:21 PTG  

Tak takut ke kereta baru tu kemek?

Tanpa Nama ,  16 Jun 2011 pada 7:22 PTG  

heheheh.....delivery cara mudah

endiem 16 Jun 2011 pada 9:31 PTG  

kalau sesak sesak boleh guna cara ini.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP