Jentera penyapu jalan Salmiah ( Pemandu Jentera Pembersihan Jalan wanita Pertama Di Dunia )
Tweet
PADA 13 tahun lalu, dia hanya seorang tukang sapu yang memohon kerja dengan Alam Flora Sdn. Bhd. bagi meringankan beban suaminya. Ketika itu, dia ditugaskan membersihkan kawasan di sekitar Jalan Imbi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Kawasan itu merupakan segi tiga emas perniagaan dan menjadi tumpuan warga tempatan serta pelancong dan golongan ekspatriat.
Memulakan rutinnya seawal pukul 6.30 pagi, Salmiah Mat Saad, 49, akan berjalan sambil ditemani sebatang penyapu kayu dan beberapa keping beg plastik sampah. Selama lima tahun, itulah kerja Salmiah.
Kini, wanita kelahiran Felda Ijok, Selama, Perak, ini masih lagi menyapu sampah. Bezanya, kali ini dia menggunakan jentera berat yang dilengkapi berus yang direka khusus untuk melakukan tugasan membersih jalan.
Wanita pertama
Lebih menarik, keupayaan dan kecekapan nenek kepada lima orang cucu ini mengendalikan jentera seberat 16 tan itu turut diberi pengiktirafan antarabangsa sebagai ‘Pemandu Jentera Pembersih Jalan Wanita Pertama Di Dunia’ oleh Bucher-Schorling, sebuah syarikat pengeluar jentera berat dan logistik yang berpangkalan di Switzerland.
Salmiah yang telah tiga tahun memandu jentera berkenaan menerima penghargaan tersebut daripada Pengarah Urusan Doromac (M) Sdn. Bhd., selaku pengedar jentera Buchaer-Scorling di Malaysia, Arul Das, dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor, minggu lalu.
Pada majlis tersebut, Salmiah menerima plak penghargaan selain wang tunai 200 Swiss Franc (RM722).
“Saya tidak pernah menyangka kerjaya sebagai tukang sapu diberikan penghargaan seperti ini. Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak.
“Ia pastinya menjadi pembakar semangat untuk saya lebih gigih bekerja,” katanya yang juga merupakan pemandu wanita tunggal daripada 10 pemandu jentera pembersihan jalan Alam Flora.
Ditebak soalan tentang cabaran mengendalikan jentera berat, Salmiah mengakui ia satu bidang kerja yang menyeronokkan.
Cabaran terbesarnya ialah apabila berdepan dengan segelintir pengguna jalan raya yang tidak peka dengan tugasnya sebagai pembersih jalan.
Ditempelak
Mana tidaknya, rutin operasi hariannya memerlukan Salmiah memandu jentera pembersih jalan dengan kelajuan minimum di lorong laju di lebuh raya di Kuala Lumpur.
Tidak hairanlah jika ia mengundang kemarahan sesetengah pengguna jalan raya yang tidak sabar.
“Memandangkan kenderaan yang dipandu bergerak perlahan, ada saja pemandu tidak sabar yang membunyikan hon kuat, menunjukkan isyarat lucah dan menyalakan lampu tinggi. Malah, ada juga yang sengaja memintas dan menghalang laluan saya.
“Pernah seorang rakan terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang pemuda yang memandu dalam keadaan mabuk.
“Dia yang sedang memandu laju di laluan paling kanan gagal mengelak jentera mengakibatkan keretanya terperosok di bawah jentera. Pemandunya pula mati di tempat kejadian,” cerita Salmiah.
Sedar tentang risiko kemalangan, wanita ini tidak pernah leka ketika berada di atas kenderaan.
“Sebelum memulakan operasi, saya akan pastikan semua lampu termasuk lampu isyarat dan lampu anak panah dinyalakan.
“Ini penting untuk memberitahu pengguna jalan raya yang lain supaya memberi laluan kepada jentera pembersih jalan,” katanya.
Rutin harian Salmiah bermula seawal pukul 5 pagi dan berakhir sekitar 6 petang.
Kerjanya bukan setakat menyapu sampah tetapi juga bertanggungjawab ke atas kebersihan jentera yang dipandunya.
“Setiap kali sebelum memulakan operasi, saya perlu periksa minyak hitam dan tekanan angin tayar. Selain itu, pelbagai punat yang ada di papan kekunci khas di dalam jentera juga perlu dipastikan berfungsi dengan baik.
“Selepas selesai bekerja, kenderaan akan dibawa pulang ke Jalan Enam di Jalan Chan Sow Lin untuk dicuci dan disimpan,” katanya.
Selain jentera pembersih jalan, Salmiah turut berpengalaman mengendalikan semua kenderaan operasi milik Alam Flora termasuk jentera berat sepanjang lebih sedekad bekerja di situ.
Dia juga tidak menyangka senda gurau bersama rakan setugas tujuh tahun lalu menjadi pencetus kepadanya untuk memandu kenderaan berat yang lazimnya dikendalikan oleh kaum Adam.
“Saya pernah meluahkan hasrat untuk membawa pembersih jalan mini (mini sweeper) kepada rakan lelaki yang memandu jentera kecil tersebut.
“Rakan-rakan lelaki ada yang menempelak. Katanya, kerja lebih sesuai untuk lelaki, bukannya perempuan.
“Terpukul dengan kata-katanya, saya sahut cabaran mereka dan mengatakan bahawa perempuan pun boleh memandu mini sweeper.
Terbuai-buai
“Selepas beberapa kali mencuba, ada rakan yang mencalonkan nama saya kepada penyelia.
“Kebetulan ketika itu ada mini sweeper baru sampai dan saya diberi peluang untuk mengendalikannya selama dua tahun,” katanya yang mengakui tugas menyapu jalan menjadi lebih mudah.
Walaupun ada yang mempertikaikan keupayaannya, Salmiah tidak putus asa. Sebaliknya kata-kata sindiran itu dianggap sebagai azimat untuk dia mencuba perkara yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
“Mula-mula memang ada yang meragui kebolehan saya tetapi dalam masa sama, saya turut mendapat sokongan daripada Pengurus Operasi, Zakuan Saidin dan bekas ketua saya dahulu, Muzafar Mohamad,” katanya yang berjaya mendapat lesen E bersendi dengan sekali percubaan sahaja.
Selain jentera pembersih jalan, Salmiah juga pernah mengendalikan kenderaan berat lain seperti lori tangki, lori kompaktor atau pengangkut sampah dan treler milik Alam Flora.
“Saya pernah diberi kepercayaan untuk memandu lori tangki air. Bagi saya ia tugasan yang mencabar terutamanya jika jalan yang dilalui banyak selekoh.
“Rasa seperti menunggang kuda kerana badan tangki yang dibawa berbuai-buai, silap langkah, lori boleh terbalik,” katanya.
Pengalaman yang sama dikongsi ketika dia memandu treler untuk mengangkat sisa yang telah dimampatkan daripada stesen pemindahan ke tapak pelupusan seperti yang digunakan di Stesen Pemindahan Taman Beringin, Jinjang, Selangor.
Kenderaan seberat 20 tan yang dipandu dengan 16 tayar itu juga bukan mudah dikendalikan kerana Salmiah perlu mengundurkan treler ke arah rel khas yang digunakan untuk meletakkan kontena dalam masa sekitar tiga hingga lima minit.
“Jika lambat menurunkan kontena dan meletakkannya pada rel, mesin vakum yang akan menyedut sampah dari kontena akan merentap kepala treler. Silap hari bulan, dengan pemandu sekali kena sedut,” selorohnya.
* Sumber di petik dari : koSmo! Online
* Sumber gambar : Facebook Alam Flora Sdn Bhd
* SEBELUM memulakan operasi pembersihan, fungsi setiap komponen jentera dipastikan berada dalam keadaan yang baik.

* WANITA ini juga bertanggungjawab di atas kebersihan dan kondisi jentera yang dipandunya.

4 Merujuk kepada perkara diatas :
tahniah, tahniah... malang bagi anak-anak muda yang tidak bekerja hanya memerap saja di rumah dengan segulong ijazah.Buatlah apa kerja sekalipun yang penting ianya halal disisi Allah
Baru malu muke budok2 mude yang malas bekerje ter....
dah baca dkt kosmo hari tu
memang cayalah akak nih
power kut bawa jentera berat
Cara - Cara Untuk Ingat Nama Kawan Jika Terlupa Part 1
cayalah.
respek betul perempuan cenggini.
bukan senang.
Catat Ulasan