Wanita jatuh tingkap ketika mabuk asmara
DUBAI: Seorang wanita Russia berdepan hukuman penjara setahun selepas jatuh dari tingkap kediamannya di tingkat pertama ketika cuba melakukan seks dengan seorang lelaki Maghribi.
Mahkamah memenjarakan wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai SB tanpa kehadirannya Rabu lalu, kerana melakukan seks secara sukarela dengan lelaki Maghribi berusia 40 tahun, dikenali sebagai MS.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan sebulan kerana kesalahan minum arak. Kedua-duanya juga boleh diusir pulang.
SB bertemu MS di bar hotel lima bintang di sepanjang Jalan Shaikh Zayed. SB berkata, MS menaiki teksi bersamanya selepas dia meninggalkan bar itu. – Agensi
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :
Macam-macam! Kadang-kadang melucukan tp kadang-kadang amat membimbangkan ...
Catat Ulasan