GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 23 Julai 2011

Gambar : Penyokong seksi Putin cuci kereta





* BEBERAPA wanita yang memakai coli dan seluar pendek membasuh sebuah kereta di Moscow kelmarin.

MOSCOW - Sekumpulan pelajar perempuan muda dan seksi dari Universiti Moscow menjadi perhatian selepas melakukan kerja-kerja membasuh kereta secara percuma di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Dengan hanya memakai coli dan seluar pendek, mereka merupakan penyokong kuat Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang dijangka membuat pengumuman akan kembali bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Mereka melakukan perbuatan itu bagi menarik sokongan orang ramai supaya menyokong Putin menjadi presiden.

Namun, mereka hanya menawarkan perkhidmatan membasuh kereta itu kepada pemandu yang memandu kereta buatan Rusia seperti Ladas atau Volgas.



"Kami mengadakan perkhidmatan ini kerana sayangkan Putin," kata salah seorang pelajar tersebut.

"Kami pasti hanya sedikit pemandu yang akan menolaknya," kata salah seorang penganjur kempen membasuh kereta untuk Putin itu.

Menurut seorang lelaki, dia tidak pasti gadis-gadis itu benar-benar boleh membasuh kereta.

Namun, dia suka melihat aksi mereka yang seksi itu.

Satu blog yang diberi nama 'Kami Benar-benar Sukakan Putin' telah menarik lebih 110,000 ahli. - Agensi

* Sumber



3 Merujuk kepada perkara diatas :

a.z.r.i.n.a.03.07 23 Julai 2011 pada 9:35 PG  

saya yang pomfuan ni pun nak hantar basuh selalu kalau camni...


hehehe...

nurhamizatulzullraooh 23 Julai 2011 pada 4:25 PTG  

kt luar ngarablehla wat mcm ni..klu kt mlaysia msti dh kena gam@banned

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP