GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 17 Ogos 2011

Hadiah bongkah batu pada bekas isteri


MONTREAL: Datuk Bandar sebuah bandar kecil di Kanada disoalsiasat oleh polis selepas dia meletakkan batu seberat 20 tan yang dibungkus dengan kertas pembalut hadiah di jalan masuk ke rumah bekas isterinya.

Dany Lariviere, Datuk Bandar Saint-Th�odore-d’Acton, berhampiran Montreal, mendakwa bertindak demikian kerana mahu menghentikan isterinya daripada mengganggunya. Lariviere yang juga pemilik sebuah syarikat pengorek turut menyembur batu itu dengan ucapan selamat hari jadi berwarna oren.

“Saya perlu berbuat sesuatu supaya dia membiarkan saya bersendirian,” kata Lariviere kepada stesen televisyen berbahasa Perancis, TVA. Pasangan berkenaan yang bercerai sejak tiga tahun lalu saling mendakwa diganggu satu sama lain.

Selepas penghantaran batu itu, isteri Lariviere, Prevost memberitahu sebuah akhbar tempatan, dia sering bimbang mengenai keselamatannya ketika mereka masih menjadi suami isteri. Pasangan terbabit berkongsi hak penjagaan terhadap dua anak mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang perempuan berumur sembilan tahun.

Lariviere menghantar bongkah batu itu pada jam 3 pagi Isnin lalu dan ditahan polis sebanyak dua kali untuk disoal mengenai tindakannya mengendalikan jentera berat pada tengah malam. Dia dibenar meneruskan perjalanan selepas polis memeriksa lesen memandu, insurans dan pendaftarannya.

Selain berdepan dengan tuduhan mengganggu dan berkelakuan tidak senonoh, Lariviere juga boleh didakwa atas tuduhan melanggar peraturan lebuh raya. - DM

* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Hanif 17 Ogos 2011 pada 8:00 PTG  

hehehehehhe...tahap tak tahan tension..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP