GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 20 Ogos 2011

Iklan Seksi Nurul : Pengurusan Nurul Minta Maaf

* Nurul Wahab

PETALING JAYA: Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.

Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.

"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.


* Paparan iklan promosi raya yang menunjukkan gambar Nurul berpakaian seksi.

"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.

Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.

Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan.

* Sumber mStar Online



8 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  20 Ogos 2011 pada 3:11 PTG  

seksa...

Raja Manusia 20 Ogos 2011 pada 3:56 PTG  

"Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar."

Laa, tak bersalah. Tak rasa berdosa ke nurul pakai macam telanjang tu? Kalau anak sendiri pakai, tak malu ke. Kenapa la jadi jahil sangat nurul.

Miecyber 20 Ogos 2011 pada 6:26 PTG  

Agak agaklah bila nak berposing..

Unknown 28 Ogos 2011 pada 3:52 PTG  

semasa pakai takkan ler tak sedar.

nurhamizatulzullraooh 5 September 2011 pada 11:15 PTG  

dah pakai macam tu selambanya buat kenyataan macam tu?entahlah apa nak jadi artis kita ni yang meremehkan hukum Allah tak takut dosa ke?kalaulah sempat bertaubat tak apa takut-takut kalau ajal lebih dulu menjemput.harap Allah bukakan pintu hati dan memberi hidayah kepada mereka ni..Amin

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP