GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 22 Ogos 2011

Tembakan punca perlawanan bola sepak terhenti


PEMAIN Santos dan Monarcas Morelia lari selepas mendengar tembakan dilepaskan.

BANDAR RAYA MEXICO: Tembak menembak di luar sebuah stadium di bandar Torreon, utara Mexico, menyebabkan satu perlawanan bola sepak divisyen pertama negara itu dihentikan selain memaksa pemain dan penonton bertempiaran lari mencari tempat selamat.

Pemain berlari ke bilik persalinan manakala penonton merebahkan diri apabila tembakan kedengaran pada akhir separuh masa perlawanan antara Santos dan Monarcas Morelia masih terikat tanpa jaringan.Pegawai perlawanan segera menghentikan permainan pada minit ke-40.Peguam Negeri Coahuila, Jesus Torres, berkata tembak menembak itu berlaku selepas tiga kenderaan membawa sekumpulan lelaki bersenjata melanggar pos kawalan tentera di luar stadium itu menyebabkan tembak menembak meletus.

Kementerian Pertahanan Mexico kemudian mengeluarkan kenyataan memaklumkan anggota tentera tidak terbabit dalam kejadian dan hanya tiba selepas beberapa lama di tempat kejadian.

Seorang anggota polis cedera dalam kejadian itu dan tiada yang cedera dalam stadium. Kira-kira 20,000 penonton hadir untuk menyaksikan perlawanan itu. Belum ada orang ditahan atas kejadian tembak menembak itu, kata pihak berkuasa.

Keganasan yang ada kaitan dengan pengedaran dadah di utara Mexico menyebabkan beribu-ribu orang terkoban sejak beberapa tahun lalu dan tidak jelas sama ada ia ada kena mengena dengan jenayah terancang.

Kira-kira 42,000 orang maut dalam apa yang dikatakan sebagai pembunuhan berpunca daripada sindiket dadah di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan usaha membanteras dadah selepas mengambil alih pada lewat 2006. Insiden kelmarin adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dekat stadium. – Reuters

* Sumber Berita Harian Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP