GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 22 Ogos 2011

Warga Singapura bersatu demi kari


* BUDAYA TEMPATAN...seorang penyokong kempen masak dan makan kari menujukkan hidangannya.

SINGAPURA: Banyak yang perlu dilakukan bagi menggerakkan kempen massa di Singapura tetapi rupa-rupanya penawar kesukaran itu terletak pada makanan.

Setakat ini, kira-kira 57,000 pengguna Facebook di Singapura berkata, mereka bersetuju untuk memasak atau memakan kari setiap Ahad bagi menunjukkan protes terhadap aduan satu keluarga dari China yang kurang senang dengan bau kari dari jirannya berketurunan India.

Kempen itu juga bagi menunjukkan sokongan kepada penduduk keturunan India di Singapura. Isu itu menjadi perhatian ramai apabila aduan keluarga dari China itu memaksa pihak berkuasa tempatan campur tangan bagi mencari jalan tengah.

Satu halaman dikhaskan untuk isu itu kemudian dibuka dalam Facebook selepas pertikaian mengenainya dilaporkan media tempatan.

Akauntan yang membantu halaman khas itu, Stanley Wong, 37, berkata disebabkan mereka tinggal di Singapura yang mempunyai kepadatan tinggi, jiran sepatutnya bersikap saling memahami. Wong bersama berpuluh-puluh rakan dan keluarganya ditemui ketika berkumpul dalam sebuah rumah pangsa kerajaan untuk menikmati hidangan kari. Kebanyakan tetamu adalah keturunan Cina.

Mereka berpendapat, masakan kari diterima sebagai sebahagian daripada hidangan Singapura dan semua pihak - termasuk dari China - perlu menerima hakikat itu. Seorang daripada penganjur majlis berkenaan, Florence Leow, berkata isu itu boleh mencetuskan masalah intergrasi di kalangan warga asing.

“Melalui pertemuan ini, kami berharap semua pihak dapat memasak dan berkongsi hidangan kari serta menghargai budaya Singapura,” katanya. - Reuters

* Sumber myMetro

5 Merujuk kepada perkara diatas :

jeragang 22 Ogos 2011 pada 7:28 PG  

masuk kandang kambing mahu berkokok tentu kena kutuk...... sedar diri jika berdagang

Hans Hanis 22 Ogos 2011 pada 7:41 PG  

bagus warga singapura nih
biar warga china tu sedar diri sikit

Jom Sign Up Online Survey Ini Dan Tebus Hadiah Anda

Tanpa Nama ,  22 Ogos 2011 pada 7:58 PG  

nak kena cuba nih

Mia Liana 22 Ogos 2011 pada 8:10 PG  

makkk aii.. kari pun boleh jadi isu...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP