GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 14 September 2011

20 pelajar disebat pengawas sekolah


* BERBEKAS...kesan sebatan pada bahagian kaki dan badan dua pelajar.

BUTTERWORTH: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara (SPU) di sini, kesal dengan tindakan pengawas sekolah mereka yang mengambil alih kuasa guru disiplin dengan merotan mereka atas kesalahan merokok.

Berikutan tindakan itu, ada antara pelajar terbabit mendakwa terpaksa tidur meniarap kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki dan belakang badan.Pelajar terbabit berkata, mereka tidak mempertikaikan jika hukuman dilakukan guru disiplin secara tertutup dan bukannya oleh pengawas yang terikat dengan peraturan sekolah.

Seorang daripada pelajar terbabit berkata kejadian itu bermula apabila gelagat mereka menghisap rokok di luar kawasan sekolah dikesan pengawas kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu.Berikutan itu, katanya, mereka dipanggil ke sebuah bilik oleh empat pengawas ketika berada di asrama sekolah kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

“Kami diberitahu mengenai kesalahan merokok itu sebelum seorang daripada pengawas terbabit tiba-tiba merotan di kaki dan anggota badan kami.

“Ada rakan saya ditumbuk sebelum seorang pengawas mengarahkan beberapa pelajar memakan tembakau rokok.

“Kejadian berlaku lebih sejam sebelum kami diarah masuk ke bilik asrama masing-masing dan kejadian itu tidak diketahui guru disiplin sehinggalah pagi kelmarin,” katanya.

Pelajar berkenaan mendakwa dia disebat sekurang-kurangnya enam kali di kaki hingga terpaksa tidur meniarap kerana kesakitan.

“Memang kami melakukan kesalahan tetapi kesal kerana pengawas bertindak sendiri melebihi kuasa guru disiplin,” katanya.

Seorang lagi pelajar berkata, ketika dipanggil masuk ke bilik berkenaan dia melihat beberapa pelajar sedang ditumbuk seorang daripada pengawas terbabit.

“Saya dirotan kira-kira 10 kali di bahagian kaki dan badan hingga meninggalkan kesan,” katanya.

Seorang waris pelajar yang enggan dikenali pula berkata laporan polis dibuat berhubung kejadian itu petang kelmarin, sebelum ditarik balik kerana tidak mahu kes itu berpanjangan.

Bagaimanapun, difahamkan polis meneruskan siasatan kes itu walaupun laporan sudah ditarik balik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata beliau sudah mengarahkan pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah SPU menyediakan laporan berhubung kejadian itu.

* Sumber myMetro



4 Merujuk kepada perkara diatas :

AYuNG 14 September 2011 pada 10:08 PG  

ehhhh....pengawas nih gila kuasa ker apa..hihi

jeragang 14 September 2011 pada 2:09 PTG  

kalau dulu macam nie baru skit jer... skarang sudah hebuh sedunia... tu sebab anak2 kita menjadi pandai tapi tidak terdidik

Bakrie Hanafiah 26 September 2011 pada 12:47 PTG  

sokong jeragang...terlalu pandai..tpi sebenrnya bodoh...

Tanpa Nama ,  30 Oktober 2011 pada 10:30 PG  

jeragang ni bangang laa..cam mn kalu pengawas tu bedal anak kau mcm tu pulak..aku rase mahu kiamat dunia nii enko goncang...hehehe

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP