GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 8 September 2011

Budak cemas, kaki terperosok dalam mangkuk tandas


*Anggota bomba membantu mengeluarkan kaki kiri Ahmad Aminuddin Mohamed yang terperosok dalam lubang mangkuk tandas di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh, semalam.
'
PASIR PUTEH 7 Sept. - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun cemas dan hanya mampu menjerit kesakitan apabila kaki kirinya terperosok dalam lubang mangkuk tandas di rumahnya di Kampung Sungai Kelong, dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang, apabila Ahmad Aminuddin Mohamed, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Selising dekat sini, tergelincir akibat lantai bilik air yang licin menyebabkan kaki kirinya terus terperosok ke lubang mangkuk tandas cangkung berkenaan.

"Pada mulanya saya menganggap ia sebagai kejadian biasa, tidak rasa takut kerana hanya sebelah kaki sahaja yang tergelincir masuk ke dalam lubang tandas.

"Namun, selepas beberapa kali saya cuba menarik untuk melepaskan kaki kiri gagal, saya mula takut dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Bapanya, Mohamed Yaacob, 51, berkata, menyedari jeritan kuat anaknya itu, mereka sekeluarga bergegas memecahkan pintu tandas dan menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Juhan Abd. Ghani berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan kaki kiri Ahmad Aminuddin dengan kaedah yang selamat bagi memastikan kakinya tidak luka, patah atau terseliuh.

"Kami menggunakan sejenis alat untuk memudahkan proses melepa dan memecahkan mangkuk tandas serta mengeluarkan kaki mangsa dengan selamat," katanya.

Menurutnya, kejadian itu merupakan kes ketiga di daerah ini dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan tandas terutama melibatkan penggunaan air sabun

* Sumber Utusan Online



2 Merujuk kepada perkara diatas :

Azie Azman 8 September 2011 pada 11:10 PG  

wah bahaya nya..
huhu..takot betul..
kalau azie pun mesti cemas gile dah..

mcm ni lah 8 September 2011 pada 12:03 PTG  

jom terjah ke blog sy ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
tajuk hot utk hari ini,
video cctv kedai mamak dirompak di shah alam,
safee sali sah ke cardiff city utk percubaan,
vaksin denggi ditemui,
dan pelbagai info2 terkini yg wajib rakyat malaysia baca utk info anda semua,

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP