Gadis mengaku pontianak
Tweet
FLORIDA: Seorang gadis yang mengaku dirinya ‘pontianak’ dituduh menyerang seorang lelaki tua, menggigit muka dan lengannya sehingga mememerlukan jahitan.
Josephine Smith, 22 tahun, dikatakan memberitahu mangsanya yang berusia 69 tahun: “Aku pontianak, aku akan makan kamu.”
Milton Ellis terpaksa menerima jahitan pada lukanya setelah diserang di depan Restoran Hooter yang kosong di St. Petersburg, Florida.
Polis berkata, Elis yang menggunakan kereta roda bermotor, tidur ketika Josephine menyerangnya.
Ellis yang berdarah, dapat melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan dan menelefon polis. Apabila polis tiba, mereka menemui Josephine yang hampir berbogel dan berlumuran darah, berdekata restoran itu.
Dia memberitahu pegawai polis, dia tidak tahu apa yang berlaku. Menurut polis, mereka bertemu di sebuah pusat beli-belah berhampiran restoran itu.
Josephine yang berasal dari Pensacola sedang menunggu saudaranya datang untuk menjemputnya, duduk bersama dengan Ellis di dalam restoran kosong itu.
Josephine dikatakan menyerang ketika Ellis tertidur.
Menurut maklumat Facebooknya, Josephine seorang pelajar “pembantu pergigian” di Insititut Fortis di Pansacola. Ellis yang mepunyai tanda gigitan di lengan, dibawa ke hospital untuk rawatan.
Josephine ditahan dan dituduh menyerang bertubi-tubi orang tua. Kurang sebulan lalu, dia ditahan di Escambia County kerana memiliki dadah.
Dia ditahan di Penjara Pinellas County dan menunggu ikat jamin AS$50,000 (RM150,000). - DM
* Sumber myMetro
* Josephine Smith

2 Merujuk kepada perkara diatas :
jom lepak ke blog sy, ade pelbagai info2 terkini lagi hangat di blog sy,
info hari ini.
myvi 1.5 dilancarkan.
cukai 6% : rais yatim bawa bantahan pengguna ke kabinet,
gambit akui ade sebut anjing, babi, susulan video klip marilah menari,
dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yang ada,
jom terjah blog saya,
ntah2 pengaruh dadah
Catat Ulasan