GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 September 2011

Kedai muzik jerat gengster


* SENJATA yang dirampas daripada penjenayah.

LONDON: Anggota polis yang menyamar, berjaya memerangkap beberapa kumpulan gangster dengan membuka sebuah kedai menjual muzik hip hop dan menjadikannya sebagai pusat jenayah.

Selama sebelas bulan, penyangak yang datang ke kedai itu digalakkan untuk menggunakan bilik belakang.

Di situ, mereka menjalankan kegiatan jenayah menjual dadah, senjata api dan barang curi kepada pegawai polis yang menyamar sebagai peniaga yang tidak jujur.

Setiap urusniaga dirakam menggunakan kamera dan mikrofon tersembunyi.Operasi bernilai 500,000 pound (RM2.4 juta) itu berjaya menahan 37 orang dan dipenjarakan sejumlah 150 tahun.

Kedai yang diberi nama Boombox, dibuka di Edmonton, utara London pada Mac 2008, setelah lima kejadian bunuh berlaku di kawasan itu.Tiga anggota polis belajar menjadi mahir dalam muzik rap dan menjaga kedai itu sepenuh masa.

Kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai itu untuk membeli album muzik.Dalam beberapa minggu dibuka, penyangak mula datang ke kedai itu.

Kata Superintenden Lucy D’Orsi, “Pegawai polis yang ditugaskan sudah diberi latihan mengenai muzik dan menjalankan perniagaan.

“Mereka berjaya mendapatkan keyakinan pelanggan dan berjaya menghadapi apa saja situasi.

“Selain mendapatkan bukti, mereka juga menghalang orang daripada melakukan kesalahan - termasuk mereka yang mungkin boleh membunuh.”

Dalam jangka masa 11 bulan itu, pihak polis membeli 19 pistol yang diubah suai berharga kira-kira 400 pound (RM 1,922) dan juga kuantiti dadah yang banyak.

Kesemua 37 penjenayah yang berusia antara 16 dan 41 tahun akan menghadapi tuduhan jenayah termasuk menjual dadah dan senjata api dan pengubahan wang haram. - AFP

* Sumber myMetro



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP