GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 5 September 2011

Kita semua buat perkara bodoh semasa muda? - PM Britain


* DAVID CAMERON

LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan bahawa semua orang membuat perkara bodoh semasa mereka muda, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Beliau membuat kenyataan itu selepas ditanya seorang juruhebah dalam program Today Show di stesen Radio 4 berhubung gelagatnya semasa belajar di Universiti Oxford.

Ketika Cameron menjadi pelajar, dia menyertai kelab Bullington di univeristi itu yang terkenal dengan sikap mabuk ahli-ahlinya yang memecahkan tingkap termasuk restoran.

Perdana Menteri itu ditanya jika terdapat persamaan di antara menjadi anggota geng muda yang terlibat dalam kelakuan ganas dengan pencuri yang berlaku semasa rusuhan di London baru-baru ini.

Cameron menjawab: "Saya berpendapat, kita semua melakukan perkara yang bodoh semasa muda dan kita sepatutnya mendapat pengajaran.

Juruhebah itu juga bertanya kepada Cameron: "Adakah anda menjadi saksi sebagai ahli kelab tersebut, terdapat orang membaling benda-benda menerusi tingkap, memecahkan restoran?

Perdana Menteri itu berkata: "Tidak, saya tidak melakukannya."

Menurutnya, semasa rusuhan di London berlaku baru-baru ini, kebanyakan kes mencuri dilihat diatur dengan amat baik.- Agensi

* Sumber Kosmo! Online



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP