GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 9 September 2011

Wanita paling gemuk di dunia


* PAULINE salahkan gen.

SACRAMENTO:: Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula. Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks’ dan dia mengadakan seks setiap hari.

Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.

Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater. Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik.

“Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.

“Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram,” katanya.

“Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang.”

“Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim.”

Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya. -DM

* Sumber myMetro



1 Merujuk kepada perkara diatas :

endiem 9 September 2011 pada 9:56 PG  

poh paleh weh..simpan dekat raya haji.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP