GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bas guna jet jumbo pertama di dunia


LONDON 7 Okt. - Orang ramai kini boleh mengembara dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121 kilometer dalam tempoh tidak sampai setengah jam dengan hanya menaiki bas.

Bas yang digelar 'super bus', ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam.

Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta).

Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat.Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.

Menurut pereka projek, Antonia Terzi, 'super bus' itu yang dibawa ke Emiriyah Arab Bersatu menggunakan jet jumbo akan melalui kawasan bandar dengan kelajuan yang dibenarkan dan hanya akan memecut apabila memasuki lebuh raya.

"Penumpang boleh membuat tempahan tiket secara talian dan kami akan mengambil mereka di rumah dan menghantar ke destinasi mereka," katanya. - AGENSI

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Mak Su 8 Oktober 2011 pada 9:28 PTG  

teknologi memendekkan dunia. hebat!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP