GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 24 Oktober 2011

Dibebaskan selepas 30 tahun silap dipenjarakan


* HENRY JAMES bercakap kepada pemberita selepas dia dibebaskan daripada penjara di New Orleans pada Jumaat lalu.

NEW ORELEANS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berkulit hitam, Henry James dibebaskan pada Jumaat lalu selepas dia silap dipenjarakan selama 30 tahun.

Peguamnya memberitahu berita gembira itu pada Khamis lalu bahawa seorang hakim sudah menggugurkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalahan merogol.

James yang berusia 50 tahun didapati bersalah merogol seorang wanita pada 1981.Namun, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA), dia didapati tidak bersalah pada bulan lalu.

"Saya berasa terkejut. Selepas 30 tahun, akhirnya anda mendapat satu peluang keadilan," katanya pada satu temu bual Projek Tidak Bersalah New Orleans.

Pada Jumaat lalu, dia tidak pernah putus harapan semasa dipenjarakan."Anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.

Lelaki itu menulis surat kepada pihak Projek Tidak Bersalah New Orleans bagi membantunya dibebaskan.James ditangkap selepas seorang wanita yang dirogol menyatakan bahawa dia tidak mengenali penyerang.

Namun, wanita itu memilih James semasa proses pengecaman penyerangnya dibuat.Tiada sebarang bukti DNA James ditemui oleh makmal jenayah Jefferon Parish dalam bukti kes merogol wanita itu.

James merancang untuk tinggal di New Orleans dengan seorang anak perempuannya.Anak perempuannya itu berusia tiga tahun semasa dia dipenjarakan.James berharap akan menggunakan kemahiran pertukangan kayu yang dipelajarinya semasa dipenjara untuk mendapatkan pekerjaan. - AP

* Sumber Kosmo! Online



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP