GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 17 Oktober 2011

Didapati bersalah bogel di dalam rumah sendiri


FAIRFAX, Virginia - Seorang lelaki, Erick Williamson (gambar) didapati bersalah oleh seorang hakim, Ian M. O'Flaherty di sebuah mahkamah di negeri Virginia pada Jumaat lalu kerana berbogel di rumahnya.

Kes itu dibicarakan selepas dua wanita menyatakan mereka melihat Williamson berbogel pada Oktober lalu walaupun dia tidak melakukan perbuatan tersebut di luar rumahnya.

"Saya menganggap bahawa dibicarakan dan kemudian didapati bersalah kerana melakukan perbuatan seperti ini (berbogel) adalah melampau.

Saya berasa seperti tinggal di dalam balang ikan," kata Williamson.Semasa memberi keterangan, lelaki itu menyatakan dia tidak berhasrat untuk mendedahkan tubuhnya dan cuma melakukan apa yang dianggap sebagai 'kebebasan peribadi' apabila berbogel beberapa jam ketika mengemas barang-barangnya.

Polis, pendakwa raya dan dua saksi berkata, Williamson berbogel kerana mahu menarik perhatian orang ramai terhadap dirinya.

Saksi pertama, Joyce Giuliani berkata, semasa memandu melintasi rumah lelaki itu, dia melihat Williamson sedang berbogel di belakang tingkap rumahnya.

Williamson yang merupakan seorang pemandu komersial dijatuhkan hukuman penjara yang ditangguhkan.Namun, hukuman itu tidak akan dilaksanakan jika Williamson didapati tidak melakukan sebarang kesalahan lagi. Dia merancang untuk membuat rayuan berhubung hukuman itu. - AP

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

RoyRMY 18 Oktober 2011 pada 8:26 PG  

aik! bogel dlm rumah sendiri pun salah?.. x paham.. x paham..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP