GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 23 Oktober 2011

Dua lari separuh bogel elak ditahan

KOTA KINABALU: Dua pelacur tempatan dipercayai sedang asyik melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing tidak sempat mengenakan pakaian dan lari lintang pukang dalam keadaan separuh bogel apabila diserbu polis di sebuah pangsapuri di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dua gadis berusia 20 dan 26 tahun berjaya ditahan apabila polis sudah mengepung kawasan berkenaan yang dikesan menjadi lokasi kegiatan aktiviti pelacuran.

Dalam serbuan jam 2.30 pagi, sepasukan polis Cawangan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut menahan pasangan gadis itu di rumah berkenaan.

Pemeriksaan di rumah itu turut menemui kondom yang masih belum digunakan dan dirampas termasuk dua telefon bimbit.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata susulan serbuan itu, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 38 tahun dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis melakukan intipan sebelum menyerbu sebuah rumah di pangsapuri terbabit.“Ketika serbuan, dua gadis dipercayai sedang leka melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing di dalam bilik berasingan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

* Sumber myMetro





1 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 23 Oktober 2011 pada 3:41 PTG  

Berat nie... pakai sependor pun x sempat yak :)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP