GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 17 Oktober 2011

Ibu tak mengaku rogol anak lelakinya


DETROIT - Seorang ibu muda, Aimee Louise Sword (gambar) mengaku tidak bersalah selepas didakwa menjejaki, menggoda dan merogol anak lelakinya yang diserah untuk dijadikan anak angkat sedekad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sword, 35, yang berasal dari sini, Amerika Syarikat (AS) akan berdepan tiga dakwaan jenayah seks pada minggu ini kerana merogol anak kandung sendiri.

Pihak pendakwa raya berkata, budak lelaki itu masih berada di bawah umur tetapi enggan mendedahkan sama ada mangsa mengetahui wanita tersebut ialah ibunya.

Jenayah itu mengejutkan pakar-pakar sakit jiwa yang menggelarkan kes tersebut sebagai 'keji'. Mereka turut bimbang mangsa akan diserang trauma akibat insiden yang berlaku terhadap dirinya.

"Ia satu mimpi ngeri kepada mangsa. Hubungan seks (dengan ibunya) itu mungkin hubungan seks pertama mangsa tetapi pengalaman itu sesuatu yang terlarang dan akan menghantui mangsa sepanjang hidupnya," kata seorang pakar psikiatri Hospital Sinai Grace, Dr. Gerald Shiener.

Sementara itu, peguam Sword, Kenneth Burch berkata, anak guamnya menganggap dia tidak bersalah dan tertekan dengan semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya. - Agensi

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP