GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 11 Oktober 2011

Ini dia SUPERMAN dari Manila


* CHAVEZ menunjukkan kepada wartawan gambarnya sebelum menjalani pembedahan.

MANILA: Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu.Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung

Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN.Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.

Usaha AFP untuk menghubunginya gagal semalam tetapi dalam laman Facebooknya, terkandung puluhan gambar dan mesej yang menerangkan alasannya untuk menjadi superhero itu.

“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,” menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez.


* CHAVEZ.

Dia juga menulis, meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras.

Gambar Chavez sebelum dia menjalani pembedahan menunjukkan dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan penampilannya sekarang.Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kerjanya. Watak Clark Kent yang menjadi Superman ialah wartawan akhbar.

Menurut ABS-CBN, Chavez bekerja sebagai jurulatih ratu cantik.Dalam laman Facebooknya, Chavez juga berkata dia melakukan kerja kebajikan dan muncul dalam televisyen beberapa kali.Kisah Chavez mendorong pelbagai kritikan pada laman Facebooknya.

Seorang pengunjung menulis dia kelihatan seperti patung pakaian.Yang lain berkata, Chavez tidak kelihatan langsung seperti Christopher Reeve, pelakon yang memainkan watak Superman pada 1980-an atau Brandon Routh, yang mengambil alih peranan itu pada 2006.- AFP

* Sumber myMetro



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP