GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 17 Oktober 2011

Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai


TAIPEI: Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai.

Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.

Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.

Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.

“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah.

Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.

Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. - AFP

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP