GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 12 Oktober 2011

Julia Perez dipenjara 3 bulan


JAKARTA: Aktres Julia Perez ( gambar ) semalam dihukum penjara tiga bulan diikuti tempoh pemantauan selama enam bulan ekoran pergaduhannya dengan Dewi Persik.

Sebaik saja hakim membacakan keputusan itu, Julia - lebih dikenali sebagai Jupe - dilihat mengalirkan air mata dalam pelukan kekasihnya, Gaston Castano.

Keadaan itu cuba ditenteramkan Castano dengan membelai rambut Jupe dengan harapan aktres terbabit lebih tenang.

Sepanjang sesi persidangan itu, Castano juga setia menemani kekasihnya dan jelas kelihatan pemain bola sepak kelahiran Argentina itu terkejut apabila keputusan penghakiman dibaca.

Walaupun dipenjara tiga bulan, hukuman itu lebih rendah berbanding permohonan pihak pendakwa. Dalam persidangan sebelum ini, Jupe berdepan dengan hukuman penjara sehingga enam bulan.

Sebaik perbicaraan berakhir, Castano beberapa kali merangkul dan memegang tangan Jupe, 31, yang kelihatan tidak bermaya. Sementara itu, Dewi Persik mengalu-alukan keputusan mahkamah berkenaan.

“Sejak dulu saya menyatakan, tidak terniat di hati ini mahu memenjarakan Jupe. “Saya memaafkan dia dengan ikhlas,” katanya ketika dihubungi media melalui telefon.

Mengenang kembali konflik peribadinya dengan Jupe, Dewi berkata, dia membuat aduan kepada polis pada hujung tahun lalu ketika dia dipengaruhi emosi.

“Saya hanya manusia biasa dan beremosi adalah normal.

“Bagaimanapun, sebagai manusia yang hidup dalam undang-undang, kita perlu melaporkan sebarang penganiayaan kepada pihak berkuasa dan tidak boleh menghukum sendiri,” katanya. - DH

* Sumber myMetro



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP