GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 12 Oktober 2011

Kereta wap berusia 127 tahun dilelong RM13.8 juta


WASHINGTON 11 Okt. - Sebuah kereta berkuasa wap yang dianggap kenderaan paling lama di dunia yang masih boleh dipandu, dilelong pada harga melebihi AS$4.6 juta (RM13.8 juta) di Amerika Syarikat.

Kereta wap De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos, juga dikenali sebagai La Marquise, yang dibina di Perancis pada 1884, dijual pada lelongan di Hershey, Pennsylvania, pada Jumaat lalu.

Menurut syarikat lelong RM Auctions, kereta itu boleh mencapai kelajuan maksimum 61 kilometer sejam dan sebelum ini hanya mempunyai empat pemilik dalam tempoh 127 tahun.Pada 2007, pengumpul barangan lama dari Texas, mendiang John O'Quinn membayar AS$3.5 juta (RM10.5 juta) untuk membeli kereta bersejarah itu, yang menyertai perlumbaan kereta pertama pada 1887 dan empat perlumbaan dari London ke Brighton.Identiti pemilik baru tidak didedahkan.

Kereta De Dion-Bouton yang beroda empat itu dibina untuk tokoh bangsawan Perancis, Count De Dion iaitu antara pengasas syarikat pengeluarnya, dan diberi gelaran La Marquise sempena nama ibu De Dion.

"Dengan asal-usul yang tiada tolok bandingnya, rekod sejarah yang lengkap dan kepastian inilah kereta keluarga paling lama yang masih boleh bergerak di dunia," menurut katalog kereta itu.

Sebuah lagi kereta yang dipamerkan di Muzium Motor Kebangsaan Britain turut didakwa sebagai kenderaan paling lama di dunia.

Namun, laporan itu menyebut, kereta buatan Britain yang dibina oleh Robert Neville Grenville pada 1875 itu hanya mempunyai tiga roda, memerlukan seorang penumpang untuk menjaga dandangnya, dan tidak banyak menyerupai sebuah kereta moden. - AFP

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

zulkbo 12 Oktober 2011 pada 10:50 PTG  

salam..
ermm..mahei juga mende
lama ni yak..?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP