GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 24 Oktober 2011

Lindsay Lohan cuci tandas di rumah mayat


* BEREHAT... Lindsay merokok sebelum menyambung tugas menyental bilik air di rumah mayat.

LOS ANGELES: Usaha Lindsay Lohan untuk mengubah imejnya dan membersihkan rumah mayat di Los Angeles, akhirnya bermula.

Sumber memberitahu TMZ, bintang bermasalah yang berusia 25 tahun itu bekerja keras selama lapan jam dalam kerja komuniti semalam.

Dia membasuh kain kotor, membersihkan tandas dan juga memberus lantai. Pelakon ‘The Mean Girls’ itu seronok melakukan tugas yang diberikan dan bersosial dengan sukarelawan lain.

Dia sepatutnya memulakan tugasnya jam 7 pagi tetapi terlewat dan tidak menghadiri sesi orientasi.Selesai melakukan ‘tugasnya,’ Lohan menghantar tiga dozen kek cawan dan burger dari sebuah kedai makanan segera terkenal In-And-Out kepada staf dan sukarelawan sebagai tanda minta maaf.

Sayangnya, permohonan maafnya maafnya itu ditolak. Penolong Ketua Koroner Ed Winter memberitahu TMZ, dia menolaknya kerana dia menganggap cara itu ‘tidak boleh diterima.’

“Kami di sini bukan untuk menerima makanan,” katanya. - Agensi

* Sumber myMetro



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Rumah Dijual 25 Oktober 2011 pada 6:05 PTG  

tidak semuanya bisa dibeli dengan uang , itu sama aja dengan penyogokan tapi untung aja Ketua Koroner Ed Winter itu menolaknya ?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP