GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 10 Oktober 2011

Perompak jadikan seluar dalam sebagai topeng


* GAMBAR menunjukkan seorang perompak menjadikan seluar dalam sebagai topeng di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea, Essex.

CHELMSFORD - Seorang perompak yang menjadikan sepasang seluar dalam berwarna putih sebagai topeng kepala kini menjadi buruan pihak polis di daerah Essex, lapor sebuah akhbar semalam.

Suspek dipercayai lelaki berkulit putih dan berusia 20-an juga memakai seluar trek Adidas serta dikesan melakukan rompakan dengan menggunakan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea, Essex.

Seorang detektif, Sarjan Kevin Cooper berkata, perompak itu memakai seluar dalam bagi menutup wajahnya daripada disiarkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dia menyamun seorang juruwang kaunter.

"Insiden ini amat menjijikkan kerana suspek mengancam untuk mencederakan mangsa dengan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea pukul 10.50 malam pada Rabu lalu," katanya.

Juruwang itu tidak dicederakan tetapi masih terkejut dengan kejadian tersebut.Perompak berkenaan turut melarikan wang ratusan pound daripada mesin tunai di stesen itu. - Agensi

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam 10 Oktober 2011 pada 5:21 PTG  

Mende kala dah buat kerje tak molek.Topeng pun ikut dan dia je...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP