‘Polis’ larikan muatan getah beku
Tweet
KUANTAN - Lima lelaki yang menyamar sebagai anggota polis melarikan sebuah lori memuatkan getah beku bernilai RM300,000 dalam kejadian samun di sebatang jalan di Kawasan Perindustrian Benus, Bentong, semalam.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.40 pagi ketika lori itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Jelebu, Negeri Sembilan.
"Lori tersebut diberhentikan di tepi jalan kerana pemandunya mahu membuang air kecil. Tidak lama kemudian sebuah kereta Proton Waja berhenti di depan lori itu sebelum dua lelaki keluar dan mengaku mereka polis serta berpura-pura hendak memeriksa air kencing mangsa,” katanya kepada media, di sini hari ini.
Salah seorang daripada suspek kemudian meletakkan pisau di leher pemandu lori itu serta memaksanya masuk ke dalam kereta terbabit di mana terdapat tiga lagi lelaki. - Bernama
* Terkini Kosmo! Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :
ahhh sudoh keje :(
Catat Ulasan