GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 20 Oktober 2011

Polis malu 4 remaja bergambar seksi


* GAMBAR menunjukkan empat pelajar bergambar dengan memakai jaket dan topi polis di Balai Polis Burton, Britain.

STAFFORD - Polis daerah Staffordshire di Britain mendapat malu selepas gambar empat pelajar perempuan menggayakan pelbagai aksi nakal semasa memakai jaket dan topi polis ketika mereka berada di sebuah balai polis di sini untuk membantu siasatan, tersebar di Internet.

Sebuah akhbar melaporkan bahawa empat pelajar itu, Abi Vyse, 17, Grace Slights, 18, Giorgia Spencer, 18, dan Susie Mandleberg turut bergambar di sebuah bilik persalinan dan dalam van polis selain bergaya seksi di sisi sebuah kereta peronda.

Dua pelajar itu merupakan saksi manakala dua lagi rakan mereka itu mangsa satu insiden pergaduhan di sebuah bar di sini pada Sabtu lepas.Mereka berada di balai polis Burton itu selama 45 minit.

Insiden memalukan itu tersebar apabila gambar-gambar aksi nakal mereka itu disiarkan di laman jaringan sosial Facebook.

Mengulas mengenainya, seorang jurucakap polis berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu dan mengaku anggota-anggotanya gagal mengawal tingkah laku kumpulan remaja tersebut.

Menurutnya, beberapa pegawai cuba bertindak menghalang pelajar itu merakamkan gambar dalam balai polis.Namun, pegawai-pegawai itu tidak bertindak tegas untuk menghalang perbuatan empat pelajar tersebut.

Menurutnya, dua konstabel dan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan yang bertugas pada malam kejadian telah ditukar ke lokasi lain selepas satu siasatan dalaman dilakukan berhubung insiden itu. - Agensi

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP