GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 13 Oktober 2011

Protes anti-Wall Street terus merebak


* Penunjuk perasaan Occupy Wall Street menyertai bantahan dipanggil Millionaires March di Upper East Side, Manhattan yang merupakan kawasan kediaman orang kaya dekat New York, kelmarin. - AFP

NEW YORK 12 Okt. - Protes anti-Wall Street sejak tiga minggu lalu di New York terus merebak apabila sekumpulan 500 penunjuk perasaan Occupy Wall Street berhimpun di hadapan kediaman orang kaya di Manhattan, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Setelah menerima tekanan daripada tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan di Boston, kumpulan itu turut berarak melalui laluan sepanjang Upper East Side yang menempatkan kediaman taikun media, Rupert Murdoch dan pakar industri konservatif, David Koch.

"JP Morgan tidak bagus! Rakyat perlukan Robin Hood!" pekik penunjuk perasaan ketika berarak di luar blok apartmen mewah yang turut didiami pengurus eksekutif syarikat kewangan terkemuka itu, Jamie Dimon.Kediaman Datuk Bandar New York yang kaya, Michael Bloomberg turut berada di kawasan itu.

Tuntutan supaya orang kaya AS membayar lebih banyak cukai adalah permintaan utama Occupy Wall Street yang turut disokong oleh parti sayap kiri dan kesatuan sekerja.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mereka menahan 129 orang penunjuk perasaan di Boston semalam, antara tindakan keras terbesar ke atas pergerakan Occupy Wall Street.Jurucakap Jabatan Polis Boston, Eddy Chrispin berkata, majoriti penahanan dibuat kerana penunjuk perasaan berhimpun secara haram.

Di Washington, polis menahan enam penunjuk perasaan yang memasuki bangunan pejabat Senat dan memekik slogan kira-kira selama 15 minit sebelum pengawal keselamatan menyuraikannya.

Penunjuk perasaan di New York yang marah dengan tindakan kerajaan menyelamatkan bank-bank berpangkalan di Wall Street, mula berhimpun pada 17 September lalu, membawa kepada demonstrasi berterusan yang semakin menarik perhatian dan kini sudah merebak ke bandar raya lain di AS. - AFP

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP