GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 14 Oktober 2011

Telefon bimbit ubat penyakit nyanyuk


* GAMBAR menunjukkan sejumlah tikus didedahkan pada signal telefon bimbit di Universiti Florida Selatan, di Tampa.

TAMPA - Telefon bimbit kini menjadi perhatian untuk digunakan bagi memerangi penyakit nyanyuk atau Alzheimer, kata beberapa penyelidik Ameriksa Syarikat kelmarin dalam satu kajian.

Kajian perintis yang diketuai Profesor Gary Arendash (gambar) dari Universiti Florida Selatan di sini mendapati kesan positif itu pada sekumpulan tikus makmal yang menghidap penyakit mirip Alzheimer.

Tikus-tikus itu memperlihatkan peningkatan keupayaan kognitif setelah terdedah pada radiasi telefon bimbit selama dua jam setiap hari untuk tempoh tujuh bulan hingga sembilan bulan.

Hasil uji kaji Arendash dan rakan-rakannya itu disiarkan dalam penerbitan Persatuan Alzheimer, Journal of Alzheimer's Disease edisi Januari.

"Namun, ia (keputusan kajian itu) bukan alasan untuk sesiapa cuba mengubati sendiri Alzheimer dengan menggunakan telefon bimbit," kata Ketua Pegawai Perubatan dan Sains Persatuan Alzheimer, Bill Thies.

Menurutnya, penyelidikan itu perlu diulangi dan disahkan bagi memperoleh keputusan konklusif sebelum ia dapat diketengahkan bagi tujuan komersial.- AFP

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP