GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 16 Januari 2012

Anak bekas banduan menang Ratu Cantik AS


* LAURA KAEPPELER memberikan reaksi terkejut selepas pemenang tahun lalu, Teresa Scanlan meletakkan mahkota kemenangan di atas kepalanya pada pertandingan Ratu Cantik 2012 di Las Vegas kelmarin.
LAS VEGAS - Seorang anak bekas banduan, Laura Kaeppler menang pertandingan Ratu Cantik Amerika 2012 di Los Angeles kelmarin.
Dia yang berusia 23 tahun menang selepas menyanyi opera dan memakai bikini berwarna putih serta gaun berwarna gelap.
Gadis itu juga juga perlu menjawab satu soalan sama ada ratu cantik perlu mengisytiharkan fahaman politik mereka.
"Ratu Cantik Amerika mewakili setiap orang. Justeru, saya berpendapat, mesej untuk calon-calon politik adalah mereka (ratu-ratu cantik) mewakili setiap orang.
"Dan pada ketika keadaan ekonomi kini, kita perlu memandang ke hadapan tentang apa yang rakyat Amerika perlukan dan saya berpendapat, Ratu Cantik Amerika perlu untuk mewakili semua," katanya.
Peserta yang mewakili negeri Oklahoma, Betty Thompson menduduki tempat kedua manakala Kaitlyn Monte yang mewakili negeri New York berada di tempat ketiga.
Kaeppeler memenangi biasiswa sebanyak AS$50,000 (RM156,649) dan memegang gelaran itu selama setahun.
Bapanya, Jeff Kaeppeler memberitahu agensi berita The Associated Press, dia pernah menjalani hukuman 18 bulan penjara kerana kesalahan penipuan.
Menurutnya, kemenangan itu merupakan hari terbaik dalam kehidupannya.
Bapa gadis itu menghadiri majlis tersebut dengan memakai tuksedo berwarna hitam dengan vest berwarna biru dan bow tie.
"Tuhan telah menukarkan setiap perkara menjadi baik jika anda minta," katanya.
Bandar kelahiran gadis itu ialah Kenosha di negeri Wisconsin, 65 kilometer ke selatan Milwaukee.
Gadis tersebut mempelajari muzik dan persembahan vokal di Kolej Seni Liberal Lutheran di Kenosha.
Kaeppeler memberitahu para pegawai bahawa dia merancang untuk memperoleh ijazah sarjana dalam patologi bahasa dan ucapan.
Dia dinobatkan sebagai pemenang oleh tujuh panel hakim pada pertandingan tersebut. - Agensi

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP