GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 19 Januari 2012

Wanita menari beramai-ramai sebagai tanda protes


* SEJUMLAH wanita menari dalam satu tunjuk perasaan di Baitulmuqaddis kelmarin.
BAITULMUQADDIS - Lebih 200 wanita menari di sini kelmarin dalam satu tunjuk perasaan bagi menentang diskriminasi terhadap mereka di tempat awam.
Mereka menari mengikut rentak lagu nyanyian penyanyi terkenal, Adele yang berjudul Rolling in the Deep.
Sebuah pembesar suara memperdengarkan lagu tersebut di jalan Ben-Yehuda.
Majlis itu dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar Universiti Hebrew, lapor akhbar Jerusalem Postsemalam.
Seorang pengarah aktiviti sosial persatuan itu, Inbar Admon menyatakan pihak pemerintah dan pengurusan bandar Baitulmuqaddis perlu mengatasi isu bagi memisahkan golongan wanita daripada lelaki di tempat awam.
Admon menyatakan, poster-poster yang mempamerkan model wanita pernah ditanggalkan daripada jalan-jalan raya di sini.
Menurutnya, beberapa wanita muda turut diludah dan diganggu di sini menyebabkan tunjuk perasaan itu diadakan. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP