GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Februari 2012

3 Juta Tonton 'Kuch Kuch Hota Hai'


Kajol (tengah) memberi kekuatan dalam filem "Kuch Kuch Hota Hai."
PETALING JAYA: Filem komedi romantik Kuch Kuch Hota Hai gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol yang disiarkan menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 pada Sabtu lalu mencapai jumlah penonton tertinggi iaitu seramai 3 juta orang berdasarkan tinjauan Nielsen Audience Measurement.
Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, berkata walaupun filem itu sudah berusia 14 tahun dan beberapa kali diulang siar di kebanyakan stesen televisyen negara ini, sambutannya masih menggalakkan.
“Saya percaya para peminat filem Kuch Kuch Hota Hai di seluruh dunia masih lagi mengingati jalan cerita filem tersebut malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagu runutnya sehingga ke hari ini.
“Sebab itulah filem ini masih mempunyai peminat yang ramai disebabkan kehebatan jalan cerita, lagu-lagu serta para pelakonnya walaupun “usianya” sudah 14 tahun.
Shah Rukh Khan
“Kekuatan yang ada dalam filem tersebut memaksa pihak TV3 membuat keputusan untuk menyiarkannya pada Sabtu lalu dan ternyata taruhan ini membuahkan hasil apabila ia mendapat sambutan yang benar-benar menakjubkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa.
Tambah beliau, filem yang bertemakan percintaan dan sarat dengan nilai-nilai persahabatan itu sememangnya digemari oleh peminat-peminat slot Panggung Sabtu.
Kuch Kuch Hota Hai lakonan Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee itu merupakan filem Bollywood yang mendapat kutipan boxoffice selepas ditayangkan kepada umum pada tahun 1998 termasuk di negara ini.
Ia mengisahkan lagak Anjali yang pada mulanya tomboi tetapi berubah penampilan kerana cintanya terhadap Rahul.
* Sumber mStar Online

3 Merujuk kepada perkara diatas :

Yeop Maz 14 Februari 2012 pada 7:54 PTG  

takbestnya, depa potong scene semata2 tak cukup time -.-'

LuVidA^^ 14 Februari 2012 pada 10:53 PTG  

ouh yeke ade potong?? x best la cmtu.. x sempat tgk sbb keje time ni

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP